KLIK DISINI UNTUK KE LAMAN UTAMA /TENTANG SELANGOR SALES TEAM

Laksa Sarawak - Laksa Sarawak Haji Manan - Perencah Laksa Sarawak - Pes Laksa Sarawak - Pes Laksa Sarawak Haji Manan - Sarawak Laksa - Sarawak Laksa Paste - Paste Laksa Sarawak ATAU apa jua yang anda panggil, pastinya anda sedang mencari pes laksa sarawak berjenama Haji Manan yang dikilangkan di Bandar Samariang Baru, Kuching. 

Pasti pelbagai persoalan timbul dari fikiran anda bukan? Yang pasti persoalan anda telah terjawab di Selangor Sales Team (SST). Tak percaya? Cuba baca kenyataan dibawah..

Situasi 1 - Baru nak mencuba.
Anda tanya: 
Sedap ke Laksa Sarawak Haji Manan ni?
SST jawab: 
Tak payah risau, memang sedap. Memang telah ramai mengakui kesedapannya. Tak percaya? Encik Google boleh sahkan. Hehe

Situasi 2 - Pernah mencuba.
Anda tanya:
Assalamualaikum, Masih ada stok? Saya nak repeat order. Nak 25 peket..
SST jawab:
Waalaikumusalam..Yup, masih ada. SST sentiasa mengekalkan stok Pes LaksaSarawak Haji Manan untuk anda.

Situasi 3 - Susah atau senang memasak.
Anda tanya:
Macam susah je nak masak laksa sarawak ni..hurmm
SST jawab:
Tak susaahhh..Senang jew. Sememangnya dibelakang pek Laksa Sarawak Haji  Manan telah tertera cara penyediaan. Namun, SST syorkan kepada Tuan/Puan untuk luangkan masa 10 minit berkunjung ke blog rakan-rakan yang telah berkongsi cara mereka menyediakan Laksa Sarawak Haji Manan.

Situasi 4 - Hidangan lazat dan enak.
Anda tanya:
Apakah tips memasak untuk menjadikan hidangan Laksa Sarawak Haji Manan ni lazat dan enak? 
SST jawab:
Okay..Yang pertama, beli pes laksa sarawak jenama Haji Manan dari Selangor Sales Team. Kedua, pendapat ramai mengatakan ianya bergantung kepada ketepatan sukatan santan yang dimasukkan. Ketiga, wajib memasak dengan ikhlas dan kasih sayang disertai perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hehe

Situasi 5 - Bahan-bahan untuk memasak.
Anda tanya:
Kenapa pelbagai bahan perlu disediakan untuk memasak laksa sarawak ni?
SST jawab:
Sebenarnya, bahan-bahan yang disyorkan untuk dimasukkan kedalam hidangan itu adalah bertujuan untuk menambahkan lagi ketepatan gabungan citarasa tersebut. Seperti juga nasi goreng yang digoreng menggunakan perencah adabi, ianya kurang memuaskan jika tidak ditambah isi ayam/daging, sayuran ataupun ikan bilis. Memasak laksa sarawak dengan bahan-bahan tambahan tersebut adalah bukan syarat utama, cukup dengan hanya menggunakan Pes Laksa Sarawak Haji Manan serta santan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, alang-alang kita memasak, masak lah dengan kesungguhan. Baru lah seluruh keluarga bertambah sayang pada anda. Hehe

Situasi 6 - Pembelian minima VS kos pos.
Anda tanya:
Kalau saya nak beli satu pek sahaja, ianya tidak memadai untuk menanggung kos pos. Bagaimana?
SST jawab:
Yup, SST memahami bebanan anda, kerana itu SST ingin membantu anda. Jika anda tinggal berdekatan lokasi kaunter ekspress SST, maka anda boleh membeli 1 pek tanpa bebanan pos. Sila layari link di bawah :

Jika lokasi anda tidak berdekatan dengan kaunter ekspress SST, anda masih boleh dapatkan pes Laksa Sarawak Haji Manan pada harga promosi apabila SST membuka musim promosi. Sekaligus SST membantu anda menjimatkan kos keseluruhan. Berikut adalah contoh promosi yang ditawarkan oleh SST untuk anda:


Kerana itu, SST syorkan kepada anda untuk mengikuti perkembangan kami dengan pelbagai cara iaitu :
 1. Ikuti dan layari blog kami dari masa ke semasa
 4. Hubungi talian khidmat pelanggan kami melalui Whatsapp untuk maklumat 
     sebarang promosi terkini di +6011-23236374

Jika anda tinggal di Selangor, kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi khidmat pelanggan kami sekiranya anda ingin mencadangkan kaunter ekspress SST di lokasi anda.

Selain itu, anda boleh cuba untuk menghubungi agen/dealer lain yang berada sekitar anda untuk COD kerana SST percaya keberkatan rezeki adalah apabila kita sama-sama berkongsi 😉 Rezeki Allah SWT tidak akan habis.

Situasi 7 - Penjimatan hidangan.
Anda tanya:
Boleh berjimat ke beli pes Laksa Sarawak Haji Manan ni? 
SST jawab:
Sememangnya..Kerana setiap pek adalah 200 gram dan boleh dinikmati sehingga 5-6 hidangan. Ada juga yang mengubah suai menu masakan mengikut kreativiti masing-masing. Mana lah tahu, kreativiti anda itu mampu diketengahkan sebagai menu yang baru di pasaran dan menjadi terlajak laris gituuu..huhu